10 Pengajaran Yang Boleh Belajar Dari Menonton Batman The Dark Knight

Ulasan oleh https://twitter.com/uzaidi

Saya baru balik dari menonton cerita terbaru Batman - The Dark Knight. WOW !BEST CERITA NI!!  Saya rasa ,ini adalah cerita yng terbaik dalam banyak banyak Superheroes Movies termasuk Superman, Spiderman , Cicakman dan lain lain.

Mungkin masing masing ada selera sendiri dalam menilaikan cerita ini tetapi apa yang penting selepas tengok sesuatu cerita, saya selalu fikirkan apa mesej cerita tersebut dan apa yang boleh kita belajar dalam cerita tersebut dan praktikan dalam kehidupan kita.

Batman - The Dark Knight mempunyai mesej yang kuat dan disini , saya senaraikan 10 pengajaran yang boleh kita belajar dari menonton cerita/wayang ini.

  1. Jangan percaya orang luar/asing  yang selalu senyum pada anda . Dia mungkin nak menipu atau membunuh anda.
  2. Tiap tiap kawan mesti ada yang bermuka dua. Oleh itu berhati hati dan jangan terperanjat jika ada kawan baik anda tiba tiba menjadi talam dua muka dan menyakitkan hati anda. Ini adalah kerana setiap manusia ada berkebolehan menjadi baik dan jahat.
  3. Semua orang tak faham!!!  Kadang kadang kita terasa bahwa semua orang membuat komplot menentang kita. Anda terasa semua didunia ni berkonspirasi menentang anda walaupun ibu bapa anda.Nasihat saya,terus mencuba dan tukar kepada positif . (Ada buku “the secret ” yang boleh menolong kita mengatasi masaalah ini)
  4. Jika anda usahawan atau bisnesman , selalu sebut nama anda di pasaran anda seperti contoh ”Saya Batman! ” “Saya Batman” Ini akan menyenangkan prospek anda ingat anda bila ada masaalah yang boleh anda selesaikan.
  5. Buat nasib sendiri . Dalam kehidupan ,anda perlu jadi positif walaupun anda di timpa mala petaka. Head we win and Tail we also win . Be Positive . Kalau anda tak suka nasib anda, cuba ceriakan anda dan tukarkan nasib anda kepada yang bagus .Anda penentu nasib anda dan Tuhan akan menolong menukar nasib anda jika anda ingin menukarnya dan mengusahakanya.
  6. Jangan Serius Sanggat ! Kehidupan ini adalah ujian dan kita cuba sedaya upaya mengatasinya .tetapi kalau gagal janganlah salahkan diri anda..because the joke is on you.
  7. Maaf dan lupakan.Kadang kadang dendam mendendam tidak akan ada kesudahannya.
  8. Malam akan menjadi lebih gelap sebelum subuh. Selalunya, cabaran akan bertambah hebat sebelum mendapat kemenangan. Jangan Give Up.
  9. Mengaku kelemahan dan ketakutan anda. Dengan itu, senang anda cuba belajar mengatasinya.Jangan menafikan kelemahan anda dan ini akan menjadi anda bodoh sombong.
  10. Musuh  anda yang paling ketat adalah…ANDA SENDIRI. Memang ramai yang jahat di luar sana, culik sana , bunuh sini, curi semua tetapi hanya ANDA seorang yang tahu menyakiti anda dengan kesakitan yang amat sanggat lebih dari orang lain.

Sebenarnya banyak lagi kita boleh belajar dari cerita The Batman-Dark Knight tetapi buat setakat ini, cukuplah 10 perkara. Saya harap , pembaca mendapat manfaat ini dan kalau oleh tonton cerita ini dan nilailah sendiri .

Uzaidi menjemput kawan kawan meluaskan jaringan usahawan melalui https://twitter.com/uzaidi PERCUMA!1

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (4 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...