Bulan Ramadhan Yang Berkat Adalah Masa Yang Paling Sesuai Untuk Berhenti Merokok

MENGAPA WAJIB BERHENTI MEROKOK?

Cubalah berhenti merokok sekarang juga kerana:

Risiko serangan sakit jantung hanya berkurangan selepas setahun anda berhenti merokok.

Setelah 2 hingga 6 tahun berhenti merokok, risiko diserang sakit jantung anda berkurangan sama seperti anda tidak merokok

Jika anda menghisap sekotak rokok 20 batang yang berharga RM8.80 sehari, setahun anda boleh menjimatkan RM3168.00

Senarai ini boleh mendorong anda untuk tidak merokok.

o Hidup lebih lama.
o Mencegah penyakit.
o Kulit lebih sihat.
o Melindungi orang lain.
o Anak-anak lebih sihat.
o Menjadi teladan yang baik.
o Melindungi alam sekitar.
o Meningkatkan kecergasan.
o Meningkatkan deria rasa dan bau.
o Lebih cergas.
o Gigi lebih putih.
o Rambut dan pakaian tidak berbau.
o Kesuburan meningkat.
o Menjimatkan wang.

Penyakit berkaitan rokok

Pelbagai barah seperti paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi   kencing dan buah pinggang.

Penyakit saluran pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis.

Tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan angin ahmar.

Mudah terkena batuk kering, Hepatitis B, radang paru-paru.

Ulser peptik dan gastritis.

Penyakit kulit seperti ekszema.

Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.

Penyakit tulang.

Rambut cepat beruban.

Kulit cepat berkedut.

Luka lambat sembuh.

Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.

Kesuburan berkurangan.

Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.

Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Merokok Membawa Penyakit

Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit

o Kanser pundi kencing
o Kanser perut
o Kanser usus dan rahim
o Kanser mulut
o Kanser Esofagus
o
Kanser tekak
o
Kanser pankrias
o
Kanser payudara
o
Kanser paru-paru
o
Penyakit saluran pernafasan kronik
o
Strok
o
Kereputan tulang (osteoporosis)
o
Penyakit jantung
o
Kemandulan
o
Putus haid awal
o
Melahirkan bayi yang cacat
o
Keguguran bayi
o
Mati pucuk
o
Bronkitis
o
Batuk
o
Penyakit ulser peptik
o
Emfisima
o
Otot lemah
o
Penyakit gusi
o
Kerosakan mata

SILALAH ANDA LAYARI LAMAN WEB DI http://www.taknak.net untuk maklumat lanjut mengenai produk berhenti merokok

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...