Singapura menganjurkan Sukan Olimpik Belia 2010 Dan DiJangka Mendapat Tajaan S$50 Juta

JAWATANKUASA Bisnis dan Pemasaran Sukan Olimpik Belia Singapura (YOG) menyasarkan tajaan antara $40 juta dengan $50 juta bagi menganjurkan sukan yang pertama pada 2010 di Singapura.

Ini didedahkan pengarah urusan City Development Ltd, Kwek Leng Joo, yang dilantik selaku penasihat Jawatankuasa Bisnis dan Pemasaran YOG pagi semalam.

Menurut Kwek, yang pernah diundang menganggotai penubuhan Liga Bola Sepak Profesional Singapura (Liga-S) dalam 1994, pihaknya sedar matlamat yang disasarkan itu bukanlah tugas mudah untuk dicapai.

‘Kami telah meletakkan sasaran 70 peratus daripada jumlah tersebut dalam bentuk wang dan bakinya, 30 peratus, dalam bentuk produk,’ kata Kwek.

Bagi meningkatkan usaha untuk memastikan jawatankuasa yang baru dibentuk itu mampu memenuhi matlamat itu, pihaknya juga telah mendapatkan lima anggota baru.

Mereka ialah Lim Sau Hoong, pengarah kreatif eksekutif 10AM Communication Pte Ltd; Elim Chew, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 77th Street; Low Teo Ping, penasihat kanan Citigroup Private Bank; Shawn Meadows, CEO Aviva; dan Dr George Quek, pengasas dan pengerusi BreadTalk.

‘Saya diminta membantu walaupun saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Tetapi saya akan melakukan apa yang terdaya,’ jelas Kwek lagi.

Bagaimanapun, beliau juga menjelaskan bahawa sejauh ini, beliau belum mengadakan perbincangan rasmi dengan rakan-rakan sepasukannya itu.

‘Oleh itu, saya tidak dapat memberikan penerangan secara rinci apakah bentuk tugas yang akan kami laksanakan nanti sehingga semuanya dibincang dengan jelas,’ tambahnya.

‘Saya berpendapat ada beberapa produk setempat yang telah dikenali ramai seharusnya mengambil kesempatan Sukan Olimpik Belia ini untuk memasarkan produk mereka di peringkat antarabangsa pula,’ kata pengarah urusan City Development Ltd itu tanpa mahu menyebutkan nama-nama produk tersebut.

Merujuk pelantikan anggota jawatankuasanya, Kwek akui bahawa kepakaran dan pengalaman mereka, seperti Sau Hoong, yang berbakat dalam bidang kreatif untuk komersial; Teo Ping, yang dikenali kerana sumbangannya kepada pasukan kapal layar; serta Meadows dan Dr Quek, pakar dalam bidang masing-masing; tentunya dapat melicinkan lagi pasukannya menjalankan tugas yang diharapkan

Walaupun Singapura mempunyai jumlah penduduk yang kecil tetapi mereka telah terbuktisebagai penganjur yang baik untuk World Rugby Sevens( Yang dulunya di Malaysia) , Formula One dan di 2010 Sukan Olimpik Belia.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...