10 TIP UNTUK MENGHILANGKAN BAU NAFAS YANG BUSUK

Anda memiliki segala-galanya, wajah cantik dan tampan, tubuh langsing dan kerjaya yang baik, tapi sayang setiap kali anda berbual, pasti ada orang yang menutup hidung. Mengapa???

Mungkin anda tak sedar, bau nafas anda mengganggu ketenteraman orang lain di sekeliling anda, bukan sahaja di kalangan rakan, malah juga suami isteri. Kalau yang masih bujang tapi nafas berbau…alamatnya terus kena reject’lah kalau cuba nak mengurat.

10 Tips Yang Boleh Anda Praktikan Sekarang:

1. Nafas berbau berpunca dari bakteria. Oleh itu, setiap malam sebelum tidur, pastikan anda menggosok gigi dan berkumur dengan cecair pencuci mulut bagi memastikan nafas tidak berbau.

2. Anda boleh mengesan bau nafas dengan menekup kedua-dua belah tapak tangan pada mulut dan menghembus nafas. Anda juga boleh mencium benang floss selepas mencuci celah gigi.

3. Cara lain mengesan masalah nafas berbau adalah dengan menggunakan alat khas pengukur bau nafas. Ia tepat dan cepat, maklumat diperolehi dalam tempoh hanya seminit. Ia berfungsi dengan cara mengukur jumlah pengeluaran gas sulfur melalui pernafasan hidung atau mulut. Doktor gigi menggunakan alat ini tanpa penggunaan bahan kimia atau ubat sampingan.

4. Satu cara lagi ialah dengan meminta pandangan ikhlas dari seseorang yang paling rapat dengan anda mengenai bau nafas. Hembuskan nafas dan biarkan mereka hidu. Kalau mereka menutup hidung, atau muka berkerut atau lagi sadis mereka termuntah di depan anda, janganlah berkecil hati, tak perlulah mereka bagi pandangan lagi, faham-fahamlah sendiri!

5. Gunakan alat khas mencuci lidah bagi membersihkan sisa makanan dan cecair yang terkumpul dan membantu pembiakan bakteria.

6. Di Barat, pakar pergigian menggalakkan masyarakat menjadikan amalan menggosok lidah sama seperti mencuci gigi. Kajian membuktikan 50 peratus masalah nafas berbau dapat diatasi dengan menggosok lidah.

7. Melakukan sesuatu yang boleh menggalakkan pengaliran air liur juga boleh mengatasi masalah ini seperti mengunyah buah-buahan atau minum air kosong untuk membersih sisa makanan dan mengusir bakteria.

8. Kumur dengan cecair khas pencuci mulut yang mengandungi klorin dioksida kerana ia berkesan membunuh dan mengawal pembiakan bakteria. Pastikan gigi dan lidah dicuci sebelum berkumur dengan cecair ini.

9. Dapatkan nasihat pakar bagi menentukan jenis rawatan yang sesuai untuk masalah nafas berbau.

10. Praktikan semua langkah diatas dan jangan “give up” ( Doa selalu)

Selamat Mencuba !

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...